Secara keseluruhan disasarkan sekitar 700,000 unit kenderaan terjual pada akhir 2022 ini, angka tersebut sekaligus menjadi jumlah jualan tertinggi dalam sejarah sektor automotif negara.
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melihat meskipun negara berdepan tekanan kos, ini tidak mengugat permintaan pengguna di mana sasaran itu melebihi unjuran yang dibuat pada tahun 2022 sekitar 630,000 unit.
Mengikut aliran jualan, dilihat faktor tempahan unit kenderaan didorong hasil pelancaran baharu dalam sektor automotif negara. Setakat ini Perodua terus menguasai pasaran dengan 39% jualan terkumpul, melonjak 50% kepada 250,795 unit kenderaan.
Secara menyeluruh sekitar 642,306 unit kenderaan telah dijual dari tempoh Januari hingga November 2022.