Artikel

Binance Sokong Rangka Kerja Kawal Selia Kripto, Kini Sertai Chamber of Digital Commerce

Dalam usaha memajukan industri kriptowang, Binance ketika ini menzahirkan sokongan mereka bersama Chamber of Digital Commerce pada pembangunan rangka kerja kawal selia kripto selaku eksekutif persatuan.

Aturan ini akan memperlihatkan kesepakatan bersama penggubal dasar, badan kawal selia dan kumpulan industri untuk mencapai matlamat menggalakan penerimaan dan penggunaan aset digital berasaskan blok rantaian.

Kerjasama itu secara langsung turut akan meluaskan peranan Binance dalam mendidik, dan membawa penyelesaian berhubung isu utama kriptowang dalam sistem kewangan digital global.