Artikel

Elon Musk Akan Letak Jawatan Selaku CEO Twitter – Setelah Temui Pengganti

Setelah melaksanakan tinjaun di ciapan Twitter berhubung statusnya selaku CEO Twitter – Elon Musk kini mengumumkan bakal meletakan jawatan selepas memperolehi pengganti baharu.

Makluman bilionair Itu dilihat sebagai tindakan-balas akan keputusan majoriti pengguna Twitter yang menginginkan Elon menarik diri dari operasi platform.

Buat pengetahuan umum, hasil undian lebih 17 juta pengguna menginginkan Elon Musk meletakkan jawatan.