Malaysia, antara negara ekonomi terbuka kelak dijangka berpotensi berdepan pelbagai krisis global – susulan ketidaktentuan perdagangan antarabangsa yang disasar lebih perlahan pada 2023. Berdasarkan jangkaan itu, pertumbuhan negara (KDNK) diperlihat akan berkembang sekitar 2.0% sehingga 3.0%.
Pengamatan TA Securities itu turut mengambilkira pemerhatian Kementerian Kewangan (MOF) yang memaklumkan aliran eksport negara akan lebih perlahan – sebagai cerminan kelembapan permintaan global yang lemah.
Tidak hanya itu, pelonggaran harga tenaga, komoditi serta kesan asas yang tinggi turut mendorong kepada kelemahan permintaan perdagangan kelak.
Pada masa yang sama, faktor tekanan luar bagi jangka masa panjang seperti sentimen pengguna dan perniagaan terjejas turut akan membawa kepada aliran pelaburan yang lebih sederhana.
Walaupun terdapat penurunan ketara, pemerhati ekonomi kekal optimis bahawa ekonomi domestik akan kukuh, membantu mengimbangi ketirisan aliran eksport negara lebih perlahan. Malah kadar pengangguran juga akan terus menunjukkan aliran penurunan kepada 3.5% pada 2023.