Selepas mendedahkan ukiran potret rasmi Raja Charles III pada duit syiling Britain pada 30 September lalu, setelah kemangkatan Ratu Elizabeth II. Kini Bank of England mula menampilkan pula wang kertas rasmi potret Raja Charles III kepada umum.
Pengenalan wang kertas potret Raja Charles III ini memperlihatkan pengekalan pada rekaan sedia ada, bersama material wang kertas polimer – melibatkan tunai £5, £10, £20 dan £50. Ini bermakna tiada perubahan rekaan dilaksanakan, pihak bank memaparkan potret Raja Charles di hadapan wang kertas, bersama imej kecil pada tetingkap wang kertas polimer tersebut.
Mengikut makluman rasmi, edaran wang kertas ini akan mula dilaksanakan pada pertengahan 2024 kelak. Meskipun telah memiliki rekaan Raja Charles III, wang kertas polimer yang membawa potret Ratu Elizabeth II dimaklumkan masih kekal, sah digunakan oleh masyarakat untuk penggunaan harian.