Artikel

Kilang Sawit Pintar Bakal Dibangunkan – Jangka Beroperasi Pada Awal 2025

Bermula tahun 2023 ini, sebuah kilang sawit pintar akan mula dibangunkan di Keratong Pahang, hasil kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersama Fusionex Group.

Pembangunan ini akan menerapkan konsep pembuangan sifar, ini selari dengan matlamat negara untuk mengurangkan jejak karbon dalam industri komoditi tempatan. Malah pembangunan kilang tersebut turut akan menyertakan sokongan AI, kecerdasan buatan dan peranti berhubung (IoT) dalam automasi proses pengilangan.

Melalui pembangunan kilang ini, MPOB menyasarkan kapasiti pemprosesan buah tandan segar sawit negara akan meningkat dengan 30 tan sejam bersama sasaran kadar perahan minyak (OER) naik sehingga 23% berbanding purata 20% ketika ini.

Lebih menarik adanya kemudahan kilang pintar ini, dijangka pengurangan tenaga kerja sehingga 30% turut akan berlaku, susulan sokongan akses teknologi meningkatkan kecekapan proses pengilangan.