Bersempena Krismas 2022 tidak lagi, pentadbiran negara kini mengumumkan 11 barangan akan dikawal di bawah skim harga maksimum mulai 23 Disember ini sehingga 27 Disember kelak.
11 barangan itu merangkumi jualan kepak ayam, daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import, lobak merah, dan ubi kentang,
Sementara barangan lain ayam tua hidup, kepak ayam, babi hidup (ladang), daging babi (perut) serta daging babi (daging dan lemak) – penguatkuasaan kawalan harga ini akan lebih berfokus kepada bekalan di Sabah dan Sarawak.
Ini antara penetapan harga antara 11 barangan terlibat;
- Daging kambing biri-biri bertulang RM37/kg
- Tomato RM5/kg
- Lada benggala hijau RM14/kg
- kubis bulat import RM4/kg
- Lobak merak RM4.50/kg
- Ubi kentang import RM4/kg
Selain penetapan itu, pengagihan bantuan makanan untuk mangsa banjir menerusi Food Bank akan dilaksanakan di seluruh Malaysia. Usaha itu akan melibatkan kerjasama semua pihak tidak hanya kerajaan, NGO terserta syarikat persendirian.