Bagi meringankan bebanan ibu bapa, peruntukan bantuan awal persekolahan RM150 akan diteruskan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa mereka mulai Januari ini.
Tindakan agihan dana itu menurut PM Anwar dilaksanakan tanpa mengira pendapatan keluarga adalah bertujuan untuk memudahkan bantuan tersebut disalurkan. Ini kerana penetapan syarat akan merenyahkan lagi pengagihan dana kepada keluarga dan murid yang memerlukan.
Untuk makluman pemberian ini telah ditambah-baik daripada nilai RM100 kepada RM150 untuk setiap murid dan usul ini telah dibentang pada Bajet 2023 lalu.