Bermula Februari 2023 kelak, Malaysia akan menyaksikan pembentangan Belanjawan 2023 dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan. Langkah itu akan dijalankan setelah usul bajet sedia ada selesai diteliti dan ditambah-baik kepada sidang Parlimen.
Perkongsian ini menurut PM Anwar akan dijalankan bagi memperkasakan kesejahteraan ekonomi rakyat pada tahun 2023. Bagaimanapun memahami keperluan segera dana diperlukan untuk mangsa banjir dan kelangsungan perbelanjaan melibatkan sektor pendidikan, emolumen, gaji penjawat awam dan sektor kesihatan.
Sebagai perincian dana berjumlah RM55,959,213,200 dikeluarkan dari Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2023 untuk perbelanjaan segera, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 kini telah diluluskan.
Diikuti sejumlah RM31,834 juta baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) serta RM3,211 juta daripada Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) bagi 2022 dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan turut diluluskan pada sidang Parlimen sebentar tadi.
Tidak hanya itu peruntukan berjumlah RM16,200 juta baki wang MGII bagi 2022 dipindahkan ke Kumpulan Wang Covid-19 mengikut Seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan Seksyen 4(2) Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 juga telah disetujukan oleh semua ahli Parlimen.
Adanya kelulusan sedemikian, usaha ini akan membantu negara menyeimbangkan keperluan perbelanjaan sementara sehingga bajet menyeluruh dilulus dan dikuat kuasakan.