Artikel

Bayaran Tunai Rakyat Diawalkan Mulai Januari 2023 – Isi Rumah Perolehi RM300, Bujang RM100

Pada pembentangan Bajet Mini iaitu peruntukan khas berjumlah RM107,718,676,650 di sidang Parlimen hari ini (20 Disember), Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan bantuan tunai rakyat akan diawalkan kepada Januari 2023 kelak berbanding penjadualan asal iaitu pada Mac 2023. 

Mengikut makluman itu, ini akan memperlihatkan seramai 9 juta penerima negara meraih manfaat dengan isi rumah menerima RM300, diikuti bujang pula RM100 bagi fasa pertama.

Tidak hanya dana tersebut, bantuan tengkujuh untuk mangsa banjir negara ketika ini turut akan disegerakan dalam tempoh terdekat dan untuk makluman dana bantuan tersebut akan digandakan mengikut keperluan rakyat setiap negeri yang terkesan.