Artikel

Mulai 22 Disember, Malaysia Akan Terima Sehingga 10 Juta Telur Ayam Setiap Hari

Menyedari terdapatnya isu kartel dalam pembekalan telur ayam di Malaysia, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melihat tindakan keizinan membawa masuk bekalan telur ayam di negara adalah bertepatan dengan permintaan semasa rakyat.

Menurutnya permasalahan kartel ini harus dibendung dengan pantas bagi menangani ketirisan bekalan mentah negara. Usaha itu dimaklumkan tidak akan terhenti disitu, di mana mulai 22 Disember kelak sekitar 2 juta sehingga 10 juta telur ayam akan dibawa masuk ke Malaysia setiap hari untuk menampung ketirisan bekalan semasa.

Berdasarkan perkongsian tersebut di sidang Parlimen pada hari ini, PM Anwar memaklumkan usaha kemasukan telur ayam ini akan terus dilaksanakan sehingga persekitaran bekalan domestik kembali stabil.