Artikel

Urus Niaga Serba Dinamik Bakal Digantung, Jika Gagal Kemuka Laporan Tahunan 

Sekiranya masih gagal mengemukakan penyata kewangan tahunan operasi yang berakhir pada 30 Jun lalu, mengikut ketetapan Bursa Malaysia Securities Bhd – urus-niaga Serba Dinamik dijangka akan digantung pada 23 Disember (Jumaat) ini.

Langkah ini susulan kumpulan tersebut gagal mengemukakan laporan sedemikian pada 15 Disember lalu. Maka tempoh lanjutan diberi sehingga 22 Disember ini sebelum tindakan lanjut diambil ke atas dagangan.

Pada makluman Bursa hari ini, mengikut perenggan 9.28(5) Keperluan Penyenaraian (LR) Utama, sekiranya penerbit tersenarai gagal mengeluarkan penyata kewangan tertunggak dalam tempoh 5 hari pasaran selepas jangka masa lanjutan telah diberi, Bursa Securities akan bertindak menggantungkan dagangan sekuriti kumpulan.