Aerodyne, penyedia dron dan data transformasi tempatan kini terus mengukuhkan penguasaanya dalam teknologi dengan laksana perolehan kepentingan bersama Grupo DR1 – iaitu peneraju dron profesional di pasaran Brazil.
Usaha itu secara langsung menjadi medium buat Aerodyne untuk memperluaskan jejak perkhidmatan dalam penyelesaian dron di rantau Amerika Latin. Lebih menarik inisiatif ini turut membuka peluang Aerodyne terokao pasaran khidmat dron minyak dan gas di rantau tersebut.
Melalui langkah pelaburan itu, Aerodyne akan bertindak selaku pihak mengeksport penyelesaian produk dan perkhidmatan kepada pengguna sedia ada Grupo DR1. Kebersamaan kedua pihak ini juga sekaligus adalah selari dengan jangkaan perkembangan pasaran dron akan meningkat lebih 70% dalam beberapa tahun mendatang.
Adanya perkongsian ini, ia turut meningkatkan akses ekonomi kedua negara pada kepentingan industri dari semasa ke semasa.