Artikel

Hampir 50,000 PKS Berpotensi ‘Gulung Tikar’ – Jika OPR Terus Naik

Sekiranya Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus memaparkan peningkatan dan ia melebihi paras 3.25% kelak, terdapat potensi hampir 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan terkesan dan membawa kepada penamatan operasi pada tahun 2023.

Jumlah anggaran ini menurut laporan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia pada awal Disember lalu – dicetuskan tekanan paras pinjaman semakin meningkat. Setakat ini, difahamkan lebih 30,000 pengusaha PKS telah muflis kesan kenaikan OPR sebanyak 4 kali sejak Mei lalu.

Setakat November lalu, paras OPR kini telah mencapai 2.75% dan penetapan kadar itu dicapai berasaskan kedudukan pertumbuhan negara yang lebih kukuh dan ditampung dengan permintaan eksport yang stabil.

Namun perlu disedari tekanan inflasi masih terus menghimpit perniagaan dan pengguna, yang kini membawa kepada kenaikan kos sara hidup, ditambah  kenaikan OPR membawa erti peningkatan pinjaman turut berlaku.