Artikel

Bajet Mini Melibatkan Peruntukan Hampir RM56 Bilion, Antara Tumpuan Parlimen

Sementara menantikan sesi akur janji, undi percaya dalam kalangan ahli Parlimen Malaysia berakhir, dijangka antara tumpuan menarik yang turut dinantikan adalah pembentangan bajet mini bernilai hampir RM56 bilion kelak.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, dana berjumlah RM55,959,213,200 itu dicadang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2023 untuk perbelanjaan segera, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.

Pembentangan itu turut melibatkan tumpuan bagi meluluskan emolumen berkaitan perbelanjaan mengurus kerajaan negara – khususnya gaji penjawat awam.

Adanya tindakan meluluskan bajet mini itu, ia sekaligus akan menghapuskan kebimbangan petugas negara berhubung keperluan tugasan. Sementara Bajet 2023 pula masih lagi diperingkatkan semakan dan hanya akan dibentang sebulan selepas sidang Parlimen.