Artikel

Dividen ASB Dijangka Lebih Rendah, Pada Tahun 2022

Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada tahun ini 2022, dijangka akan sedikit lebih rendah berbanding pengagihan tahun 2021 atau hampir sama – sekitar julat 4.0% hingga 5.0%.

Persekitaran yang akan diumumkan pada akhir minggu ini, disasar akan didorong berdasarkan prestasi perdagangan negara yang memperlihatkan pulangan pelaburan yang tidak seimbang, ditambah pemerhatian pada prestasi indeks FBM KLCI, S&P 500 dan FTSE100 – kesemuannya memaparkan penurunan untuk 2022.

Namun, menurut penganalisis UniKL Business School dan UPM pada laporan BH prestasi dividen ASB dijangka kekal berdaya saing dan terus stabil.

Buat pengetahuan umum, tahun lalu agihan dividen ASB 2021 adalah sekitar 4.25 sen dan bonus pula 0.75 sen seunit, ini secara langsung membawa kepada pengagihan dividen 5.00 sen seunit.

Pengagihan bdividen pada tahun lalu telah memperuntukkan sebanyak RM8.9 bilion dilaksanakan ASB, dan jika PNB ingin mengekalkan pengagihan tersebut – tahun 2022 memerlukan lebih RM9 bilion untuk membayar kadar dividen yang sama.