Artikel

PM Anwar Perolehi Majoriti “Setuju” Usul Percaya Di Parlimen

Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara rasminya mengukuhkan kedudukannya melalui perolehan majoriti sorakan “setuju” usul undi percaya di sidang Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat hari ini (19 Disember).

Proses demokrasi ini secara langsung memaparkan keabsahan PM Anwar selaku pemimpin baharu Malaysia ke-10, menerajui Kerajaan Perpaduan. Berdasarkan undian tersebut didapati 148 ahli Parlimen sebulat suara, senada dengan pimpinan baharu.

Melalui sokongan ini, secara langsung di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan – tidak lagi berbangkit untuk mempersoalkan kedudukan PM Anwar selaku pemimpin Malaysia.