Susulan menyedari masih terdapat petugas awam menerima paras gaji minimum RM1,200 – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kini kekal menzahirkan harapan mereka agar manfaat tersebut dinaikkan kepada RM1,800 kelak.
Cadangan sejak 3 tahun lalu ini tertangguh rentetan berlakunya pandemik COVID-19, dan perubahan pentadbiran negara. Maka melalui pimpinan baharu, Cuepacs menjangkakan usul tersebut dapat direalisasikan.
Keperluan peningkatan gaji minimum ini menurut pihak mereka, tidak sekadar meningkatkan taraf sara hidup penjawat awam susulan tekanan pendapatan semasa tetapi turut berpadanan dengan matlamat Malaysia – yang ingin menjadi masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 di bawah RMK-12.
Melihat pada cadangan tersebut, sekiranya jumlah gaji minimum penjawat awam RM1,800 dicapai dan ia dicampur dengan kelebihan elaun – ini akan membawa kepada paras gaji hampir RM2,450 buat penjawat awam kelak.