Ekoran hasil langganan semakin merudum, diikuti jualan yang turut menurun – Astro kini berdepan penyusutan untung bersih sehingga 94.5% kepada RM5.8 juta pada suku ketiga 2022.
Selain penurunan tersebut, kenaikan kos pembiayaan yang lebih tinggi juga turut menjadi faktor penyusutan mendadak ini. Pada makluman bersama Bursa, Astro memperincikan pendapatan sukuan kumpulan juga menurun 9.4% kepada RM926.2 juta daripada RM1.02 bilion.
Meskipun begitu, hasil pengiklanan Astro dilihat mengukuh dan meningkat – telah membantu kumpulan mengimbangi penyusutan hasil langganan tersebut. Secara keseluruhannya jumlah aset kumpulan telah mencapai RM6.07 bilion bagi suku ketiga, ini lebih tinggi berbanding RM5.32 bilion pada Januari 2022 lalu.