Artikel

Malaysia Terima Bekalan Telur Import Dari India – Bagi Fasa Percubaan

Bermula hari ini (16 Disember), Malaysia menerima kemasukan telur ayam import dari India melalui laluan udara bagi peringkat percubaan.

Mengikut makluman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), perolehan ini adalah bertujuan untuk memastikan rangkaian bekalan telur ayam negara kekal tersedia susulan ketirisan bekalan telah berlaku sejak beberapa bulan ini. Malah perolehan itu turut dijamin mematuhi segala piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa – iaitu bebas daripada segala penyakit dan selamat digunakan.

Untuk makluman, keputusan tersebut dicapai hasil pemeriksaan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang bertanggungjawab laksana kawalan kemasukan telur ayam import secara ujian Hold, Test and Release (HTR). Ujian PCR ini bertindak mengesan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.

Adanya protokol tersebut, ia selaras dengan aturan industri penternakan negara yang mementingkan kualiti pengeluaran bekalan mentah.