Artikel

Agoda Perkenal Price Freeze, Pengguna Boleh Bekukan Harga Sebelum Sahkan Tempahan

Agoda, platform tempahan penginapan serantau kini menampilkan ciri baharu buat pengguna iaitu Price Freeze. Di mana membolehkan pengguna miliki harga tawaran menarik dengan membayar wang pendahuluan untuk membekukan harga penginapan sebelum mengesahkan tempahan dalam tempoh 14 hari.

Pelaksanaan ciri ini tercetus hasil pemerhatian Agoda yang memahami kalangan pengguna memerlukan sedikit masa untuk laksana keputusan tempahan penginapan. Maka ciri tersebut akan membuka peluang kepada pengguna yang tidak bersedia untuk tidak melepaskan tawaran penginapan menarik dalam tempoh yang disediakan.

Sepanjang tempoh pembekuan harga ini juga, kos penginapan bermungkinan alami turun-naik tetapi pengguna tidak akan membayar lebih daripada perjanjian yang dipersetujui dan akan menikmati penjimatan tambahan sekiranya harga turun.

Namun perlu difahami, sekiranya pengguna bertindak untuk tidak meneruskan tempahan dalam tempoh Price Freeze, wang pendahuluan yang telah dibayar akan ditolak.

Buat masa ini ciri Price Freeze telah tersedia di desktop dan aplikasi Agoda. Berdasarkan tindakan lanjut, ciri tersebut akan diperluaskan di peringkat global mulai awal tahun 2023 kelak.