Artikel

Isu Kemiskinan Pelajar B40, Tingkatkan Pendidikan Digital – Antara 7 Teras Utama KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini melampirkan 7 teras utama pada tumpuan sektor pendidikan negara antaranya menangani isu kemiskinan pelajar B40 – dengan mengambil kira pelbagai ketirisan seperti tahap keseimbangan makanan, jurang peranti dan ruang pembelajaran.

Menurut Menteri KPM Fadhilina Sidek, pada teras tersebut pihak KPM akan bekerjasama rapat bersama kementerian berkaitan untuk memastikan isu kemiskinan keluarga tidak menjadi kekangan buat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka. Bantuan sewajarnya akan dilaksanakan kelak.

Tidak hanya tumpuan tersebut, berhubung isu keciciran pendidikan juga dilihat antara agenda besar yang harus diteliti negara bagi memastikan jurang sedemikian dirapatkan kembali. Termasuklah kebajikan petugas guru harus diutamakan, ia secara langsung akan meningkatkan keberkesanan penyampaian pendidikan negara.

Selain tiga teras tersebut, ini senarai penuh 7 teras utama tumpuan KPM;

  • Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
  • Pembentukan adab, akhlak, integriti – bagi menghindarkan gejala negatif
  • Kemiskinan berbilang dimensi B40 wajar diberi tumpuan khususnya pada malnutrisi, peranti dan ruang belajar
  • Keciciran pendidikan
  • Kebajikan para guru
  • Fokus sekolah daif khususnya Sabah dan Sarawak
  • Tingkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah