Grab Holdings, firma teknologi Asia Tenggara yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan dan makanan kini dimaklumkan sedang laksana langkah penjimatan kos bagi depani ketidaktentuan ekonomi semasa.
Menurut notis firma tersebut, langkah penjimatan ini turut merangkumi tindakan membekukan pengambilan pekerja, menghentikan pembayaran gaji pengurusan kanan serta mengurangkan kos perbelanjaan operasi.
Ketua Pegawai Eksekutif Anthony Tan pada notis memaklumkan usaha ini adalah langkah persediaan Grab untuk memasuki tahun 2023, bagi memperkasakan pertumbuhan yang lebih menguntungkan.
Berdasarkan prestasi semasa, Grab pada tahun suku ketiga 2022 berjaya mencapai tahap kerugian yang lebih kecil dengan nilai $342 juta dan berjaya meningkatkan segmen penghantaran makanan serta runcit lebih awal berbanding sasaran firma. Selanjutnya menyasarkan pertumbuhan pendapatan tahunan mencapai $1.35 bilion kelak.