Bank Negara Malaysia (BNM), dijangka kekal menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada Januari 2023 kelak, susulan langkah Perbendaharaan (Fed) AS dilihat akan terus meningkatkan kadar faedahnya dalam makluman semalam.
Kenaikan itu sekaligus akan berpotensi melihat paras OPR negara mencapai 3.00% pada Januari 2023. Menurut pemerhati MIDF Research, langkah peningkatan ini tidak hanya berlaku disebabkan langkah Fed tetapi turut bergantung kepada asas ekonomi domestik Malaysia.
Yang mana akan diukur berasaskan tekanan inflasi peringkat domestik, di samping kedudukan Ringgit negara.
Meskipun aliran inflasi dilihat semakin perlahan namun ia tidak memberi keyakinan sepenuhnya untuk melandaikan tekanan kos semasa, maka peningkatan kadar faedah atau dinaikkan paras sebelum pandemik wajar diteruskan.
Untuk Malaysia, sejak Mei lalu negara telah meningkatkan paras OPR sebanyak 4 kali yang kini mencapai paras 2.75% dan setakat ini negara telah alami kenaikan OPR sekitar 100 bps bagi sepanjang tahun 2022.