Seiring dengan agenda meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi negara, McDonalds kelak akan membuka 500 cawangan baharu di seluruh Malaysia menjelang 2026.
Perluasan jejak jenama ini adalah respon McDonalds terhadap permintaan jualan tempatan. Setakat Oktober 2021, jenama makanan segera ini telah menerima permintaan yang tinggi dan secara puratanya berjaya mencapai jualan sebanyak RM1 juta sebulan.
Setakat ini, McDonalds Malaysia memiliki lebih 330 restoran di seluruh negara dan terbaharu telah meluaskan jenama ke Batu Kawan, Pulau Pinang bersama keluasan restoran 35,000 kaki persegi. Tidak hanya pembukaan tersebut, terdapat 3 lagi cawangan baharu turut akan dibuka kelak di Pulau Pinang.
Menerusi perluasan ini, untuk Pulau Pinang sahaja – McDonalds menjangkakan sekitar 300 peluang pekerjaan akan tersedia buat warga di negeri itu.