Artikel

Kuasa Beli Rakyat Malaysia Di Thailand Naik, Lebih 1 Juta Pelancong Ke Sana

Malaysia terus menjadi sumber penting bagi segmen pelancong di Thailand, apabila jumlah pelancong negara ke sana kini telah mencapai lebih 1 juta pelancong, bermula Januari sehingga Oktober 2022.

Lebih menarik, pergerakan ini tidak hanya disumbangkan melalui khidmat penerbangan, tetapi turut merangkumi perjalanan melalui bas, kereta api serta kereta persendirian.

Pejabat Penguasa Thailand (TAT) memaklumkan, kehadiran pelancong Malaysia penting untuk sektor pelancongan mereka susulan kuasa beli pengguna negara yang tinggi. Dijangka menjelang akhir tahun ini, jumlah pelancong Malaysia ke Thailand akan meningkat sekitar 1.8 juta pelancong.