Artikel

IMF Dijangka Tidak Luluskan Dana Menyelamat Sri Lanka $2.9 Bilion, Sebelum Akhir 2022

Sri Lanka, negara yang kini sedang bergelut akan beban hutang yang tinggi dijangka tidak akan menerima pembiayaan $2.9 bilion pada akhir tahun ini. Susulan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dimaklumkan tidak akan membincangkan langkah penyelamatan Sri Lanka itu pada bulan ini.

Menurut Reuters, dana tersebut mungkin tidak diluluskan seperti apa yang dijangka oleh Sri Lanka dan pembiayaan menyelamat itu disasarkan akan berlanjutan sehingga Januari 2023. Langkah lanjutan ini diperkukuhkan lagi apabila tiada sebarang perbincangan dilaksanakan IMF berhubung Sri Lanka pada akhir Disember ini.

Menerusi pembiayaan itu, IMF dimaklumkan akan menekankan kepentingan rundingan bersama tiga pemiutang yang terlibat iaitu China, Jepun dan India.

Berdasarkan permohonan dana itu, Sri Lanka meletakkan sasaran untuk tingkatkan hasil cukainya kepada 15% daripada KDNK menjelang 2026 – bagi meningkatkan aliran tunai dan pelunasan hutang.