Teleport, salah satu anak syarikat dibawah Capital A atau dulunya dikenali sebagai AirAsia Group, kini mengumumkan mereka telah meraih suntikan dana terbaru berjumlah sekitar RM220 juta, yang akan digunakan dalam terus memperluaskan perkhidmatan mereka.
Teleport mengatakan mereka akan menggunakan dana baharu ini dalam membangunkan hab-hab kritikal di Indonesia, Filipina dan juga Malaysia. Disamping itu, pelaburan tambahan juga akan digunakan dalam membangunkan teknologi Teleport untuk membolehkan ia beroperasi 24 jam sehari rentas Asia Tenggara.
Teleport sebelum ini telah dimulakan pada 2018 lepas, dan memfokuskan kepada perkhidmatan logistik untuk pelanggan-pelanggan perusahaan atau B2B, memudahkan mereka menggunakan penghantaran melalui udara.