Artikel

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Diperkenal – Tawar Perlindungan Sosial Kepada Suri Rumah

Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah pun memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) baru-baru ini. Melaluinya, ia menawarkan perlindungan sosial kepada para suri rumah dengan bayaran hanya RM120 untuk setahun.

PERKESO mengatakan skim ini menawarkan perlindungan daripada bencana domestik, keilatan atau kematian.

Untuk mencarumnya, seseorang perlulah wanita berusia dibawah 55 tahun, dan merupakan suri rumah. Bayaran RM120 setahun perlu dilakukan ketika pada peringkat awal pendaftaran. Pendaftaran dan bayaran caruman ini boleh dilakukan secara atas-talian ataupun di kaunter di semua pejabat PERKESO.