Artikel

Sam Bankman-Fried Ditahan Susulan Kejatuhan FTX

FTX merupakan salah satu syarikat dagangan kriptowang yang popular suatu ketika dahulu, dan baru-baru ini telah jatuh disebabkan oelh pelbagai penyalah-gunaan dana.

Selari dengannya, kini pengasas FTX, iaitu Sam Bankman-Fried telah pun ditahan di Bahamas.

SBF akan dituduh dibawah sejumlah kesalahan, termasuk penipuan kewangan, pengubahan wang haram, konspirasi kewangan, dan sebagainya.

Sebelum ini, FTX telah menerima pelaburan daripada sejumlah pihak, termasuk Temasek dari Singapura. SBF turut dikatakan telah menyalahguna dana awam di FTX untuk penggunaan peribadi termasuk memperluaskan empayar kriptowang SBF sendiri.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah hukuman yang akan dijatuhkan. Sekiranya bersalah, tidak mustahil SBF dipenjarakan untuk berdekad lamanya.