Microsoft sedia melakukan pembelian sejumlah syarikat setiap tahun, dan kali ini agak mengejutkan apabila Microsoft turut mendapatkan pegangan hampir 4% pada bursa dagangan London, atau London Stock Exchange.
Pengambil-alihan ini hadir sebagai sebahagian daripada kerjasama 10 tahun untuk penggunaan sistem perkomputeran awan oleh Microsoft ke bursa dagangan tersebut.
Untuk Microsoft juga, penggunaan kecerdasan buatan dan perkomputeran awan dijangka akan mengubah bagaimana institusi kewangan melakukan kajian dan pembangunan, selain turut memudahkan ia beradaptasi kepada perubahan pasaran.