Perolehan kamera badan untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan disegerakan dalam tempoh terdekat. Langkah ini seiring dengan peruntukan berjumlah RM30 juta yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF).
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), pihaknya akan menyegerakan perolehan aset tersebut dan melihat inisiatif itu sebahagian daripada usaha kementerian untuk tingkatkan kecekapan penguatkuasa di samping melandaikan isu rasuah kalangan petugas.
Untuk peringkat awal Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka akan menggunakan kemudahan tersebut terlebih dahulu.
Setakat ini selain PDRM, pegawai KKM dan Jabatan Kastam juga telah mula menerapkan pemakaian kamera badan ini dalam kalangan penguatkuasa mereka.