Dalam usaha meningkatkan akses digital pada perkhidmatan awam, didapati mulai 2023 kerajaan di seluruh dunia bakal meningkatkan perbelanjaan teknologi mereka dengan jangkaan jumlah keseluruhan perbelanjaan RM2.61 trilion ($588.9 bilion).
Angka tersebut sekaligus memaparkan peningkatan 6.8% perbelanjaan kerajaan dalam bahagian teknologi pada perkhidmatan awam berbanding tahun 2022. Tinjauan Gartner Inc, akan memperlihatkan penambah-baikan pada perisian perkhidmatan, diikuti sokongan teknologi dan penyelenggaraan perkhidmatan dalaman.
Melalui penambahan perbelanjaan ini, ia secara langsung akan membantu kerajaan meningkatkan pengetahuan digital dalam kalangan penjawat awam – berhubung penggunaan dan kemudahan moden tersebut terhadap masyarakat awam.
Buat pengetahuan ini antara ramalan perbelanjaan teknologi maklumat yang akan ditumpukan kerajaan seluruh dunia;