Artikel

Bursa Malaysia Lancar BCX – Dagangan Karbon Patuh Syariah Pertama

Bursa Carbon Exchange (BCX) kini diperkenalkan melalui Pasaran Karbon Sukarela (VCM). Aturan ini akan membolehkan syarikat untuk memperdagangkan kredit karbon sukarela daripada projek kelestarian mereka bersama penyelesaian untuk membantu negara mengimbangi jejak pelepasan.

Antara penyelesaian kredit karbon ini adalah melalui penghutanan semula, penanaman semula hutan, menghindari penebangan hutan,pemulihan gambut dan beberapa sasaran lain.

Adanya pengenalan BCX ini turut akan membantu dunia dalam memenuhi laluan kepada 1.5 darjah Celcius dan akan mempercepatkan peralihan di masa hadapan dengan pelaksanaan karbon rendah.

Melalui pelancaran ini, para pemaju projek dijangka boleh laksana bidaan pada Mac 2023 untuk dagangan kredit karbon syarikat.