Pengasas Public Bank, iaitu Tan Sri Teh Hong Piow telah meninggal dunia pada hari ini, pada usia 92 tahun. Beliau juga sebelum ini merupakan pengerusi emeritus dan juga pengarah untuk bank terkemuka berkenaan.
Tan Sri Teh telah lahir di Singapura pada 1930, dan menubuhkan Public Bank pada 1966 selepas meninggalkan Malayan Banking. Cawangan pertama Public Bank telah dimulakan pada 6 Ogos 1966 di Jalan Gereja, Kuala Lumpur.
Pada hari ini, Public Bank mempunyai 265 cawangan perbankan, dan digunakan oleh ramai untuk menyimpan dan juga melakukan pelaburan melaluinya.
Sebelum ini, beliau turut telah disenaraikan sebagai antara terkaya di Malaysia, dengan kekayaan mencapai RM25 bilion.