Artikel

Kuala Lumpur Jadi Antara 167 Lokasi Termahal Di Dunia

Kuala Lumpur (KL), ibu kota Malaysia yang pesat kini dikategorikan sebagai lokasi ke 167 yang termahal untuk didiami oleh ekspatriat pada tinjauan ECA International. Kedudukan tersebut didorong atas faktor tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Berdasarkan penjelasan dapatan, KL memiliki kadar inflasi yang tinggi sekaligus menyumbang kepada peningkatan kos dalam perbelanjaan harian – ini tidak hanya berlaku di KL, bahkan di Johor Bahru turut berdepan tekanan yang sama.

Selain harga makanan yang kini semakin naik mendadak, perubahan terbesar turut didapati pada harga petrol yang telah naik lebih 50%. Tekanan juga turut diukur berdasarkan kekuatan nilai Ringgit dari semasa ke semasa.

Tidak hanya Malaysia, bandar di Thailand, Filipina dan Singapura juga turut alami kenaikan kedudukan pada lokasi termahal ekspatriat.