Artikel

KKM Bakal Beri Tuala Wanita Percuma – Depani Isu Kemiskinan Haid Malaysia

Usaha memerangi kemiskinan haid yang berlaku pada golongan yang tidak berkemampuan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lama lagi akan laksanakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma kepada kumpulan terlibat.

Langkah ini bertujuan memastikan golongan berpendapatan rendah khususnya wanita tidak mengalami kekangan stok tuala wanita, dan kos perolehannya tidak menjadi bebanan pada perbelanjaan bulanan mereka.

Buat pengetahuan umum, kemiskinan haid ini sering berlaku dalam kalangan wanita miskin tegar di bandar mahupun luar bandar. Ketiadaan wang pada perbelanjaan haid ini boleh mencetuskan ketirisan pendidikan, tahap kehamilan yang berturutan, mengehadkan pergerakan dan memudaratkan kesihatan.

Maka memahami keperluan itu, KKM akan memperkasakan keperluan ini bersama golongan terlibat. Bagi peringkat awal KKM akan menyertakan kemudahan tersebut di tandas pejabat Menteri dan seterusnya akan melanjutkan ia di peringkat kumpulan bersasar.

Kemiskinan haid merujuk kepada halangan kewangan dan tidak mampu memiliki bekalan tuala wanita, atau berdepan kekangan bekalan air serta tempat pelupusan yang sesuai