Artikel

Malaysia Kedudukan Ke-10, Antara Negara Yang Paling Dipengaruhi China

Dalam kalangan 82 buah negara, Malaysia didapati berada kedudukan ke-10 menjadi antara negara yang paling dipengaruhi China.

Tinjauan China Index di bawah DoubleThink Labs ini berperananmengukur tahap pengaruh globalnya itu di persada antarabangsa. Melihat pada kedudukan negara, Malaysia meraih skor 189/388. Skor ini merangkumi 9 kategori seperti pendidikan tinggi, politik, hubungan ekonomi, dasar luar, penguatkuasaan undang-undang, media, kerjasama ketenteraan, hubungan budaya dan teknologi.

Mengikut kedudukan tersebut, setakat November 2022 – Pakistan(1), Kemboja (2) dan Singapura (3) menjadi antara negara yang terdedah kepada pengaruh China. Diikuti Thailand (4), Peru (5), Afrika Selatan (5), Filipina (7), Kyrggyzstan (8), Tajikistan (9) dan Malaysia (10). Sementara Indonesia pula di kedudukan ke 16.

Untuk makluman ini perincian pengaruh China ke atas Malaysia dalam 9 kategori berkaitan;

  • Teknologi – berada di tempat ke-17 dengan skor 25/44
  • Hubungan Ekonomi – berada di tempat ke-8 dengan skor 24/44
  • Media – berada di tempat ke-22 dengan skor 20/44
  • Pengajian Tinggi – berada di tempat ke-39 dengan skor 13/40
  • Masyarakat – berada di tempat ke-4 dengan skor 24/44
  • Hubungan Ketenteraan – berada di tempat ke-24 dengan skor 12/44
  • Undang-undang – berada di tempat ke-2 dengan skor 36/44
  • Politik Tempatan – berada di tempat ke-24 dengan skor 19/40
  • Dasar Luar – berada di tempat ke-45 dengan skor 16/44