Mulai Selasa depan (13 Disember), sekitar 5 kertas kerja melibatkan isu kos sara hidup akan dibentangkan pada Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pembentangan ini akan disertai 15 kementerian bagi mencapai kesepakatan penyelesaian isu tekanan kos sara hidup rakyat negara.
Berdasarkan makluman, antara kementerian yang akan membentangkan kertas kerja sedemikian terdiri daripada Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, KPDN serta Kementerian Sains dan Teknologi.
Sekiranya mencapai keputusan, penyelesaian tersebut akan diumumkan kelak oleh PM Anwar dalam tempoh terdekat.