Pada November lalu, didapati sekitar 18 syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia berdepan serangan perisian hasad.
Firma keselamatan siber LGMS menjelaskan perisian hasad boleh menggunakan kelemahan perisian yang diketahui untuk laksana serangan pada komputer dan berpotensi memberi akses kepada rangkaian organisasi kepada penggodam – dengan perisian tebusan (ransomware).
Melalui perisian tebusan ia boleh menyekat akses kepada sistem komputer dan aktiviti jenayah ini sememangnya membawa keuntungan besar kepada pihak penggodam. Selain serangan perisian hasad itu, didapati juga 478 syarikat pula berdepan ketirisan data dalam tempoh yang sama.
Dapatan di bawah LGMS pada Penilaian Keselamatan Siber Syarikat Malaysia Tersenarai ini untuk makluman penilaiannya melibatkan sejumlah 160 syarikat di Pasaran ACE dan 783 syarikat di Pasaran Utama.
Susulan risiko yang berlaku, syarikat senarai utama disarankan untuk tingkatkan pelaburan pada sistem operasi mereka bagi memastikan ketirisan data dan kerugian tunai dapat diatasi.