Artikel

Prestasi Jualan Borong, Runcit Negara Kekal Kukuh – Raih RM133.9 Bilion

Prestasi perdagangan borong dan runcit Malaysia pada Oktober 2022 kini, memperlihatkan peningkatan 15.2% pertumbuhan kepada RM133.9 bilion – ia diperhatikan terus mengukuh.

Tinjauan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas memaparkan kenaikan positif disumbangkan oleh semua subsektor dengan Perdagangan Runcit 26%, Kenderaan Bermotor 11.2% dan Perdagangan Borong pula 7.3%.

Peningkatan nilai jualan ini dilihat konsisten sejak kutipan data pada Ogos 2022 lalu.

Berdasarkan peningkatan jualan, ternyata segmen peruncitan terus menyumbang hasil tertinggi dengan permintaan pengguna yang membrangsangkan dalam;

  • Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Barangan Lain (40.9%)
  • Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Bahan Api Kenderaan (40.1%)
  • Jualan Runcit di Kedai Bukan Pengkhususan (25.7%)