Artikel

Selangor Bakal Teliti Pelaksanaan Pengasingan Sampah Dari Rumah

Bagi memastikan proses kitar semula berjalan dengan lancar, pelaksanaan pengasingan sampah bermula dari rumah pengguna kelak akan diteliti oleh kerajaan negeri Selangor.

Meskipun pentadbiran negeri melihat, pendekatan tersebut rumit dan mencabar, di mana ia akan melibatkan peruntukan kos yang tinggi – dari aspek kutipan sampah lori serta penyediaan tong sampah di seluruh negeri. Namun pendidikan ini wajar diterapkan lebih awal dalam kalangan masyarakat untuk atasi isu sampah.

Setakat ini, pertimbangan tersebut masih diperingkat awal dan isu pelaksanaan pengasingan sampah dari rumah akan dibincang terlebih dahulu bersama exco Alam Sekitar bersama exco Kerajaan Tempatan seterusnya akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan datang.

Buat pengetahuan, rakyat Malaysia setakat Mei lalu dianggarkan menjana sampah domestik sebanyak 38,000 tan sehari dan Selangor merekodkan jumlah terbanyak iaitu kira-kira 7,000 tan.

Lebih membimbangkan mengikut laporan Kosmo bersama KDEB Waste Management sebelum ini, menganggarkan sisa domestik di Selangor jika dikumpul dalam tempoh seminggu boleh menya­mai ketinggian bangunan pencakar langit Menara Berkembar Petronas (KLCC).