Menyedari keluhan orang awam berhubung kenaikan harga tiket penerbangan yang berlaku sebelum ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini menyatakan hasrat untuk laksana perbincangan bersama syarikat penerbangan – bagi tumpuan menurunkan harga tambang.
Makluman itu menurut laporan MalaysiaKini, tumpuan penurunan tiket penerbangan ini akan membabitkan harga perjalanan ketika musim perayaan serta perjalanan ke Sabah dan Sarawak.
Pihak MOT memahami isu tambang ini akan terus diperdebatkan, susulan tidak lama lagi negara bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina kelak.