Artikel

Khidmat LRT Dijangka Lebih Stabil, Kekerapan 3 Minit Menjelang Suku Ketiga 2023

Perkhidmatan tren paling sibuk di Lembah Klang, iaitu LRT Kelana Jaya yang membawa kapasiti purata sekitar 200,000 penumpang ketika ini – dijangka akan lebih stabil dan kekerapan menunggunya diturunkan kepada 3 minit menjelang suku ketiga 2023 kelak.

Sasaran itu pada sidang Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama pihak RapidKL pagi ini menjelaskan, jaminan tersebut merangkumi keyakinan pihak pengangkutan untuk menambah set tren daripada 38 set tren yang beroperasi buat masa ini kepada lebih 50 set tren menjelang suku ketiga 2023 kelak.

Jelas MOT, buat masa ini pihaknya mengakui kekerapan menunggu tren selama 5 minit itu tidak dapat dipercepatkan namun memberi jaminan setelah 18 set tren yang sedang diuji lepasi fasa penyelenggaraan. LRT Kelana Jaya akan menurunkan kekerapan menunggu kepada 3 minit.

Selain itu, pihak RapidKL kini sedang mengusahakan laporan lengkap berhubung punca kerosakan sebelum ini dan pelan tindakan selanjutnya kepada orang awam dalam masa terdekat. Tidak hanya itu, kestabilan khidmat LRt akan terus diperkasa ini tidak sekadar memastikan perkhidmatan beroperasi seperti biasa tetapi turut akan laksana penyelenggaran skala besar melibatkan sistem, isyarat dan bahagian kuasa tren.

Lebih menarik, MOT turut memaklumkan Prasarana dijangka akan beri kontrak penyelenggaraan lif pada Februari 2023 bagi meningkatkan kemudahan di semua stesen tren.