Artikel

Harga Sayur Naik Dua Kali Ganda – Terjejas Kesan Cuaca

Selari dengan jangkaan sebahagian petani pada September lalu, kesan perubahan cuaca hujan yang berlarutan di Malaysia dan Thailand ini telah mengakibatkan harga sayur di pasaran tempatan naik dua kali ganda.

Peningkatan ini menurut laporan BH, diperlihat apabila terdapat perbezaan harga ketara pada perolehan sayuran di Kelantan seperti kailan dan sawi yang meningkat RM4 kepada RM7 sekilogram.

Berdasarkan pasaran, tidak hanya musim tengkujuh tetapi peningkatan ini turut berlaku tatkala musim perayaan menjelma ini secara langsung mengakibat peniaga mengurangkan stok pembelian dari pemborong – susulan khuatir akan penurunan jualan kesan harga naik.

Apa yang membimbangkan situasi ini tidak sekadar memberi kesan kepada petani, pemborong, peniaga sayur tetapi turut akan menjejaskan peniaga makanan kerana tidak dapat meningkatkan harga makanan secara drastik meskipun harga bekalan mentah naik pada musim ini.

Aliran ini juga secara jelas turut akan memberi kesan kepada  aliran eksport sayur ke negara luar.