Artikel

WEF : 77% Penduduk ASEAN Dapati Sektor Pendidikan Wajar Terap Ilmu Pengurusan Wang

Tahukah anda, sekitar 77% responden kalangan generasi digital di Asean berpendapat ilmu pengurusan wang seharusnya diterap dalam sektor pendidikan setiap negara – untuk mereka lebih memahami, dan mengurangkan risiko dari ancaman kerugian pada khidmat kewangan digital.

Tinjauan di bawah World Economic Forum (WEF) bersama Sea Limited dalam hasil ASEAN Digital Generation Report 2022 ini memperincikan meskipun kumpulan ini sebahagian besarnya celik teknologi namun masih terdapat keperluan menerapkan pengetahuan kewangan digital ini diperingkat awal pendidikan.

Ini kerana ia dilihat antara pendekatan pendidikan yang paling mudah difahami oleh semua peringkat usia.

Setakat ini, hanya 16,200 responden (18%) daripada 90,000 responden keseluruhan dari Malaysia, Indonesia, Filipiina, Singapura, Thailand dan Vietnam mengakui pihaknya menerima pengetahuan pengurusan kewangan di peringkat pendidikan.

Sementara sebahagian besarnya memaklumkan mempelajari kemahiran tersebut melalui keluarga dan rakan (43%), belajar dengan pengalaman sendiri (41%), diikuti belajar melalui sumber media sosial (30%).

Selain 77% merasakan pendekatan pengetahuan kewangan wajar diterap dalam sektor pendidikan adalah kaedah terbaik, ini antara pilihan kaedah lain yang dinyatakan dapat membantu pengguna meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan mereka;