Aliran ekonomi di awal tahun 2023 bakal menyaksikan kelembapan pertumbuhan dalam kalangan negara Asia. Situasi ini disokong susulan tekanan inflasi dan risiko gangguan rantaian bekalan serta perubahan iklim semasa.
Mengikut tinjauan ICAEW, Institut Akuantan Bertauliah England dan Wales ia memperincikan kemerosotan dijangka berlaku untuk dua suku pertama tahun 2023 ke atas negara Asia dan seterusnya tekanannya itu akan semakin berkurangan.
Antara yang akan memperlihatkan kesan menurun mendadak dalam tempoh berkenaan adalah negara berorentiasikan eksport Asia iaitu Korea dan Taiwan yang akan alami penurunan 40% pada pertumbuhan eksport. Secara asasnya penurunan hasil pengeluaran pada ekonomi maju turut akan menghalang pertumbuhan pengeluaran negara Asia.
Mengikut jangkaan pertumbuhan, negara Asia Tenggara akan menyaksikan kadar pemulihan yang lebih perlahan pada 2023 – antaranya Malaysia.
Setakat ini pada pengamatan nisbah hutang, Malaysia menjadi antara negara memiliki nisbah hutang kasar kerajaan kepada KDNK yang tertinggi di rantau Asia – susulan defisit belanjawan tidak disasarkan menurun dengan tinggi menyebabkan ruang fiskal lebih terhad untuk imbangi dasar.
Sementara sasaran pertumbuhan untuk tahun 2022 pula, Malaysia memperlihatkan prestasi dan unjuran yang positif dalam penilaian ekonomi. Di mana meningkat 9.2% berbanding negara Asean lain, akan tetapi tahun 2023 menjadi negara kedua terendah, lebih perlahanĀ dan menyusut dalam meraih pertumbuhan ekonomi – sekitar 2.7%.