Assemblr, syarikat platform realiti terimbuh (AR) yang berpangkalan di Bandung-Indonesia kini telah berjaya meraih pelaburan berjumlah $400,000 iaitu sekitar RM1.75 juta daripada Ficus Capital melalui pembiayaan serantau, Ficus SEA.
Perolehan nilai pelaburan ini sekaligus akan membuka peluang buat Assemblr untuk meneroka peluang lebih besar di peringkat serantau dalam kandungan AR melibatkan penyertaan rakan perniagaan, pendidikan dan pengguna peribadi.
Buat pengetahuan umum, Ficus Capital adalah pemodal teroka tempatan yang memegang status patuh syariah pertama di dunia. Ia sebelum ini telah mengumumkan penawaran dana utama RM60 juta melalui Ficus SEA dengan tumpuan laksana pelaburan di peringkat Asia Tenggara.
Melalui tindakan tersebut, ini adalah langkah pelaburan pertama yang dilakukan Ficus Capital pada startup yang berpangkalan di luar Malaysia.