Seiring dengan perluasan nirtunai dalam sektor kewangan negara, kini Hong Leong Bank bawakan penerapan ekosistem tersebut di sektor pendidikan – iaitu di 16 buah sekolah di Sabah, melalui program HLB@School.
Adanya penawaran kemudahan nirtunai ini, 16 sekolah tersebut akan memiliki pilihan pembayaran tanpa tunai, disokong kemudahan alat perbankan digital serta infrastruktur kewangan buat pelajar dan sekolah.
Bagi memudahkan penerapan tabiat nirtunai, para pelajar di sekolah berkaitan turut akan memiliki Akaun Junior 3-dalam1 HLB yang mana menyertakan akaun simpanan bersama deposit tetap dan kad debit yang boleh ditambah-nilai. Kemudahan itu, akan membolehkan pelajar laksana pembelian di premis makanan dan turut boleh membayar buku dan yuran persekolahan.
Buat pengetahuan umum, ini senarai 16 buah di Saba yang turut diiktiraf selaku sekolah tanpa tunai oleh Payment Networks Malaysia (PayNet) ;
- SJKC Chung Hwa Likas
- SJKC St James Kota Kinabalu
- SM Lok Yuk Likas
- SJKC Lok Yuk Menggatal
- SK Api-Api
- SM Tinggi Kota Kinabalu
- SMK Likas
- SM Shan Tao
- SM All Saints
- SK Lok Yuk Likas
- SJKC Che Hwa Kolombong
- SJKV Yue Min Penampang
- SK St Francis Convent KK
- SK Pangkalan TLDM KK
- SK Malawa