Artikel

Bank Dunia : Hutang Negara Membangun Kini Naik Lebih Dua Kali Ganda

Bank Dunia terus memberi isyarat bahawa risiko ketidaktentuan ekonomi akan terus meningkat dari semasa ke semasa – apabila negara membangun kini mencatatkan kenaikan paras hutang dua kali ganda kepada $9 trilion pada tahun 2021.

Krisis hutang ini terus melonjak dalam tempoh 10 tahun lalu.

Namun perlu diakui tindakan pinjaman berganda adalah hasil tindak-balas negara susulan ekonomi global alami ketirisan ketika fasa pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Maka pendekatan komprehensif diperlukan untuk mengurangkan hutang, meningkatkan ketelusan dan memudahkan penstrukturan semula yang lebih pantas – supaya negara boleh memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan dan mengurangkan kemiskinan.

Buat pengetahuan umum, selain situasi peningkatan hutang negara membangun – turut didapati negara termiskin yang layak meminjam daripada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) pula kini perlu membelanjakan lebih sepersepuluh daripada hasil eksport mereka untuk membayar hutang luar negeri jangka masa panjang. Data itu adalah paras perbelanjaan tertinggi sejak 2000.